Amirol Zolkifli

Panduan Membeli SmartTAG Online Daripada Syarikat Touch ‘n Go

Tahun 2017 ni, kebanyakan Tol di lebuhraya telahpun mengaplikasikan penggunaan Tol Elektronik sepenuhnya; yakni pengguna jalan raya seperti kita ni perlu menggunakan kad Touch ‘n Go ataupun Kad Pengenalan untuk membuat bayaran kadar tol.

Ini menyebabkan kaunter Tol yang menerima Touch ‘n Go (TnG) semakin sesak dengan kenderaan. Jika dahulu boleh saja apabila sampai di Tol TnG, kita hanya luangkan masa beberapa saat saja untuk:

  1. Keluarkan kad TnG
  2. Touch dan…
  3. Go…

Sekarang dah jarang kita boleh buat begini. Sebaliknya, kita perlu menunggu giliran dan mengambil masa beberapa minit disebabkan:

  1. Beratur panjang (walaupun tidak sepanjang kaunter TnG yang ada Tambah Nilai)
  2. Keluarkan kad TnG
  3. Touch dan…
  4. Go…

Jadi solusi lain yang ada adalah kita perlu menggunakan pula peranti SmartTAG untuk mempercepatkan lagi masa perjalanan.

Walaubagaimanapun, nak dapatkan peranti SmartTAG ini pula adalah agak sukar dan leceh.

Dari satu ke satu Kaunter Khidmat Pelanggan TnG di lebuhraya saya bertanyakan stok SmartTAG ni, semuanya memberikan jawapan yang amat mendukacitakan:

Maaf incik, stok SmartTAG dah habis….

Jadi, selain daripada mencari “stok” peranti SmartTAG ni di Kaunter Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go, kita juga boleh mencarinya di stesen minyak seperti Petronas. Namun  begitu, bukan semua stesen Petronas ada stok dan menjual peranti SmartTAG ni.

Alternatif lain, kita perlu membeli peranti SmartTAG ni secara online jika tak mahu bersesak di jalan raya dan bersusah payah mencari lokasi – lokasi penjualan SmartTAG ni secara offline.

Berita baiknya, kita boleh mendapatkan SmartTAG ni daripada 4 portal membeli belah Malaysia yang popular di internet seperti di:

  1. Mudah.my
  2. Lelong.my
  3. Lazada.com.my
  4. 11street.my

Berdasarkan daripada “kajian” yang dibuat, keempat – empat portal ini menjual SmartTAG dengan harga purata sekitar RM180.00 dan keatas.

Untuk makluman kalian, harga jualan sebenar bagi SmartTAG yang dinyatakan pada laman web www.touchngo.com.my adalah RM120 (tak termasuk GST).

Jadi, jika harga jualan SmartTAG ini melebihi RM130, maka ianya adalah mahal daripada harga yang sepatutnya kita miliki SmartTAG ini.

Walaubagaimanapun, perlu dilihat juga apa yang ditawarkan oleh si penjual apabila membuat pembelian SmartTAG tersebut daripada mereka. Mungkin ada aksesori tambahan yang menyebabkan harga tersebut lebih mahal daripada harga jualan SmartTAG yang sebenar.

Apa – apa pun, kita review dahulu harga jualan SmartTAG yang ditawarkan di keempat – empat portal yang dinyatakan.

1. Mudah.my

Di Mudah.my, berdasarkan carian pada waktu post ini dibuat, didapati harga SmartTAG yang ditawarkan adalah serendah RM110 ke RM210.

Untuk tawaran iklan bagi harga RM110, saya tak pasti “kesahihan” si penjual. Adakah benar harga jualan seperti yang ditawarkan atau scam? Jika benar, maka memang harga dibawah harga pasaran.

Nota nasihat: Apabila membeli di Mudah.my, sebaik – baiknya, buat pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau jika ingin penjual “pos” kan barang, selidik dengan teliti terlebih dahulu latar belakang mereka.

2. Lelong.my

Untuk laman web lelong pula, harga yang ditawarkan adalah serendah RM170 sehingga ke RM230. Memang agak mahal harga jualan SmartTAG di Lelong.my

3. Lazada.com.my

Bagi portal lazada.com.my, hanya 3 iklan sahaja yang dijumpai untuk SmartTAG yang mana harga jualannya bermula dari RM185 ke RM250.

4. 11street.my

Di 11street.my pula, harga SmartTAG yang ditawarkan bermula dari RM159 dan ke atas. Saya dapati harga jualan SmartTAG di portal ini adalah boleh diterima jika kalian ingin membuat pembelian SmartTAG berbanding lain – lain portal yang dinyatakan.

Apapun, saya masih tidak berpuas hati dengan harga jualan SmartTAG yang ditawarkan kerana berdasarkan info daripada laman web rasmi Touch ‘n Go, kos SmartTAG ini haruslah berharga RM120 (tak termasuk GST) dan tak termasuk kad Touch ‘n Go.

Jadi kenapa penjual online menjualnya dengan harga yang agak mahal?

Apa yang saya percaya, puncanya adalah kerana stok SmartTAG yang agak terhad menjadikan nilai harganya bertambah. Permintaan tinggi, hargapun naiklah.

Jadi setelah melakukan carian demi carian, maka akhirnya saya mendapat info bahawa kita sebenarnya boleh membuat pembelian secara terus daripada pihak Touch ‘N Go sendiri.

Ini adalah kerana, “harga” jualan yang diberikan adalah harga jualan sebenar SmartTAG berbanding daripada harga jualan di portal – portal di atas.

Harga jualan SmartTAG yang dikenakan adalah RM127.20 (termasuk GST). Untuk postage pula adalah RM7.40. Jumlah keseluruhan harga pembelian peranti SmartTAG daripada pihak Touch ‘N Go sendiri adalah RM134.60

Namun prosesnya adalah sedikit leceh kerana kita perlu “Private Message (PM)” akaun Facebook Touch ‘n Go untuk tujuan ini. Alangkah baiknya jika mereka sediakan satu kemudahan pembelian secara terus daripada laman web rasmi mereka.

Baiklah, berikut adalah prosedur membuat pembelian peranti SmartTAG secara terus daripada pihak Touch ‘n Go.

  1. Layari ke Facebook Page Touch N Go iaitu buat carian di Facebook “Touch ‘n Go Malaysia” atau klik je link ini: https://www.facebook.com/Mytouchngo/
  2. LIKE lah dulu page tu 🙂
  3. Kemudian hantarkan Message (PM) kepada mereka bertanyakan adakah masih ada stok SmartTag untuk pembelian? Mereka biasanya akan reply kaedah bayaran dan lain – lain butiran yang diperlukan. (lihat gambar dibawah).
  4. Buat pembayaran ke akaun yang diberikan. Pastikan nama penerima bayaran haruslah syarikat Touch ‘n Go Sdn Bhd. Jangan sesekali bank in kepada akaun orang lain.
  5. Simpan resit bayaran dan kemudian MAKLUMKAN semula kepada penerima mesej tentang bayaran yang telah dibuat. Berikan resit bayaran dan segala maklumat bayaran yang diperlukan.
  6. Pihak TnG mungkin akan meminta kalian membuat beberapa pengesahan bayaran. Jadi, layankan saja permintaan mereka tu 😉

Jika tiada masalah, maka kalian akan menerima peranti SmartTAG dalam tempoh 7 hari bekerja. Jadi, selesai masalah untuk membeli SmartTAG!

Jika kalian perhatikan, pembelian SmartTAG ni, dibuat pada 17 May 2017. Pada 25 May 2017, saya terima parcel daripada CityLink yang mengandungi SmartTAG yang dihantar oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd. Terima kasih Bos! 🙂

So berikut adalah peranti SmartTAG yang diterima.

Parcel CityLink yang mengandungi SmartTAG daripada Touch ‘n Go Sdn Bhd. Isi kandungannya adalah:

Resit tempahan pembelian SmartTAG.

Panduan penggunaan SmartTAG dan juga kad jaminan (warranty card).

Peranti SmartTAG yang berbungkus dengan bubble wrap.

Turut dibekalkan bateri GP Alkaline dan holder SmartTAG.

Secara kesimpulannya, jika kalian memerlukan peranti SmartTAG dan tidak mahu membuang masa mencarinya secara offline, maka lakukan saja tempahan secara online sama ada menerusi portal – portal yang dinyatakan atau boleh terus melakukan tempahan daripada pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd sendiri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat ber-SmartTAG!

p.s – Jangan segan nak tekan butang Share (butang FB, Google, Twitter) dibawah ini supaya ramai kenalan kalian akan mendapat manfaat daripada artikel ini 🙂

  1. mohon cara untuk membeli smart tag

Leave a Reply to hasaniCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

© Copyright 2010 - 2024 Amirol Zolkifli. All Rights Reserved.