Amirol Zolkifli

Al-kisah Pelanggan Sebelah Rumah

Pagi tadi ada prospek hantar WhatsApp bertanyakan tentang simkad ONEXOX. Beliau maklumkan untuk pindah rangkaian nombor telefon dari D*G* kepada ONEXOX.

Selesai urusan soal jawab ONEXOX, saya tanya beliau nak COD simkad di mana? Pada mulanya beliau ingin ke ofis saya di pekan. Namun disebabkan masih kita masih dalam tempoh PKPB, saya malas untuk buka ofis lagi.

Jadi, bertanyalah saya pada beliau tinggal mana? Sekali dapat jawapan, beliau berada di taman perumahan yang sama dengan tempat tinggal saya.

Saya tanya dia lagi, “rumah di jalan no. berapa?” Sekali lagi, saya dapat jawapan rumah beliau berada di jalan yang sama dengan rumah saya.

Eh, ye ke? rumah yang mana satu ni?” saya tanya.

Rumah dopan surau” katanya.

Hah! saya pun rumah depan surau! no rumah XXX. Jemput datang rumah je la bang!

Tak sampai 5 minit, terpacaklah beliau depan rumah.

La.. ekau rupanya yang jual ONEXOX” kata beliau yang memang tak asing lagi pada saya sebab selalu terserempak di surau. (By the way, rumah beliau selang 8 buah rumah je dari rumah saya).

Jadi saya uruskan proses MNP (Mobile Number Portability) nombor telefon beliau sehingga selesai. Rezeki yang tak tersangka, pelanggan yang jumpa saya di internet rupanya jiran sebelah rumah. 🙂

Jadi, apa kesimpulan yang boleh kita dapat di sini?

1) Bila berniaga sama ada anda ada kedai ke tidak, kaedah pemasaran di internet jangan dilupakan terutama pada zaman darurat seperti PKP ni. Lakukan promosi di serata tempat yang ada di internet seperti di Facebook (Group, Fan Page), YouTube, Instagram, Blog, Website, Shopee dan sebagainya. Zaman sekarang boleh dikatakan hampir kesemua masyarakat menggunakan internet untuk dapatkan sumber informasi.

2) Apabila mempromosikan satu – satu produk, bagi mengurangkan persaingan dengan pesaing – pesaing yang lain, letakkan iklan yang lebih spesifik seperti “Pengedar ONEXOX Port Dickson Negeri Sembilan” berbanding menggunakan skop iklan yang lebih besar seperti “Pengedar ONEXOX” semata – mata. Ini adalah kerana apabila prospek mencari sesuatu info di internet terutamanya mereka yang dah bersedia nak keluarkan duit bagi membuat pembelian, kebiasaannya mereka akan cuba mencari sumber pembekal / pengedar / penjual yang terdekat dengan lokasi mereka terlebih dahulu.

3) Kuasai cara mengkaji (research) kata kunci carian di Google dan Facebook. Kedua – dua platform ini pada zaman sekarang menjadi tempat rujukan utama bagi netizen tempatan untuk mendapatkan maklumat. Jadi penggunaan katakunci @ “keyword” yang tepat dalam iklan, post, komen dan konten website kita adalah amat penting supaya boleh mendapat prospek dan bakal client yang datang dengan sendirinya.

Setakat hari ni dan semalam, ada 2 orang sudah mendaftar ONEXOX TANPA saya melakukan promosi secara terang – terangan. Keduanya datang dari “usaha carian” mereka sendiri di internet. FREE marketing cuma kita sebagai usahawan, kena rajin explore platform – platform percuma yang menyediakan perkongsian konten / iklan jualan seperti penggunaan Fan Page, Blogging seperti blogspot, Shopee dan sebagainya.

Percayalah bahawa rezeki tak pernah salah alamat. Allah berkuasa sepenuhnya terhadap pemberian rezeki kepada kita dan selagi mana kita berusaha dan berdoa, inshaAllah dipermudahkan dan dipermurahkan rezeki-Nya kepada kita.

Selamat beramal dan semoga waktu PKP ini dapat dilalui dengan baik oleh sahabat – sahabat yang sedang berusaha melakukan promosi di internet demi kelangsungan hidup di zaman kesukaran ini.

Sekian.


Dealer ONEXOX.
Priority Dealer Public Gold.
Founder of IT & Digital Marketing Agency.

    Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    © Copyright 2010 - 2024 Amirol Zolkifli. All Rights Reserved.