Cara Sebenar Ambil Gaji Daripada Bisnes Untuk Pemilik Enterprise

Berikut adalah merupakan soalan popular oleh pemilik bisnes Enterprise:

  1. Macam manakah cara sebenar untuk mengambil gaji daripada bisnes jenis Enterprise yang diusahakan?
  2. Perlukah dibuat slip gaji siap dengan potongan KWSP, SOCSO dan sebagainya untuk diri sendiri iaitu kita sebagai pemilik bisnes tersebut?
  3. Adakah gaji yang ingin diambil mestilah berjumlah tetap pada setiap bulan?
  4. Bolehkah amaun gaji berubah – ubah mengikut keuntungan bulanan yang diperolehi? Jika untung bulan tersebut banyak, gaji yang diambil adalah banyak. Jika untungnya sedikit, gajinya diambil sedikit sahaja?

Jawapan kepada soalan – soalan diatas. Beberapa perkara tentang gaji yang perlu pemilik bisnes jenis Enterprise tahu iaitu;

Payslip pemilik bisnes Enterprise adalah borang cukai. Payslip boleh dibuat sendiri namun ia tidak laku apabila ingin membuat pinjaman atau membeli aset.

KWSP, SOCSO dan sebagainya pula adalah TIDAK WAJIB kepada pemilik bisnes. Namun pemilik boleh memilih untuk mencarum bagi diri sendiri. Sekiranya mempunyai pekerja, maka pemilik bisnes WAJIB mencarum KWSP, SOCSO dan sebagainya untuk pekerja mereka kerana ianya adalah HAK mereka. KWSP dan SOCSO adalah merupakan pihak yang akan menjaga kebajikan pekerja sekiranya mereka ditimpa kemalangan atau kemerosotan ekonomi.

Untuk gaji diri sendiri sebagai pemilik bisnes, kita boleh ambil gaji dengan jumlah berapapun kita mahu tanpa sebarang sekatan. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk pemilik bisnes untuk kayakan bisnes terlebih dahulu, kemudian barulah besarkan gaji untuk diri sendiri.

Antara kaedah yang disarankan:

Pertama, ambil gaji tetap yang cukup – cukup untuk membayar komitmen peribadi/keluarga.

Sebagai contoh, mula dengan RM1,000.00/bulan.

Selepas bisnes dah ada simpanan dan mula stabil @ melebihi target untuk bulanan untuk beberapa tempoh, maka bolehlah naikkan gaji mengikut kemampuan bisnes sebagai contoh dari RM1000.00/bulan kepada RM1,300.00/bulan dan seterusnya yang mencecah kepada gaji idaman yang diperlukan.

Dengan cara begini, maka adalah mudah untuk kita tambah aset peribadi dan juga aset bisnes.

Ringkasnya, untuk pemilik bisnes, tiada kaedah yang betul mahupun salah dalam soal gaji untuk diri sendiri. Malah, jika ingin ambil secara konsep komisen/upah mengikut jualan pun boleh.

Yang penting, kita sebagai pemilik bisnes kena tahu matlamat bisnes yang diusahakan. Adakah kita hanya sekadar ingin cukup makan atau nak bisnes kita berkembang dengan lebih besar dan menguntungkan? Dan keuntungan tersebut adakah ianya lebih kepada poket sendiri atau pun kepada syarikat?

Jadi perkara ini terpulang kepada pilihan masing – masing.

Semoga ia bermanfaat!

P.S – Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan rujukan penuh tentang cara Urus Bisnes Enterprise Gaya Korporat, boleh klik link ini: https://visit.my/urusenterprise

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    Copyright © 2010 - 2024 Amirol Zolkifli. All Rights Reserved.